Undangan ke Majlis Mesra Aidilfitri 2018
Friday, 29 June 2018
Kelab Merpati Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri 2018 seperti perincian berikut:
Tarikh: 7 Julai 2018 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari – 5.00 petang
Tempat: Restoran Tupai-Tupai, 551 Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur
Tema: Suasana Aidilfitri
Semua ahli, jemputan khas dan keluarga dijemput memeriahkan majlis ini.
- Published in Hebahan, Uncategorized
No Comments
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 90
Thursday, 19 April 2018
Mesyuarat Agung Tahunan ke 90 KELAB MERPATI KUALA LUMPUR akan diadakan pada hari SABTU, 28 APRIL 2018 jam 10.00 pagi di HOTEL MANDARIN COURT, No. 55, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, (Berdekatan Hotel Mirma).
AGENDA MESYUARAT
- Untuk mengesahkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-89 yang diadakan pada 29 April 2017.
- Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan 2017.
- Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Akaun yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
- Untuk mempertimbangkan anggaran belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
- Untuk mempertimbangkan honorarium kepada Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat bagi tahun 2017.
- Hal-hal lain.
Dengan Perintah Jawatankuasa Pengurusan
SAFARUDIN MOHAMAD NOOR
Setiausaha Kehormat
Tarikh: 3 April 2018
Nota: Makan tengahari disediakan selepas mesyuarat.
- Published in Hebahan


