Penangguhan Mesyuarat Agung ke 94
Assalammualaikum & salam sejahtera kepada semua ahli KMKL yang dihormati.
Mesyuarat Agung KMKL kali ke 94 yang dijadualkan dilangsungkan pada 26 Mac 2022 (Sabtu) akan ditangguhkan kepada tarikh 25 June 2022 (Sabtu) disebabkan oleh peningkatan jangkitan virus Covid 19 dan mengelakkan kemungkinan berlakunya kluster AGM KMKL.
Penangguhan ini termaktub di dalam kebenaran penangguhan aktiviti AGM 2021 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang membenarkan penangguhan dibuat selewatnya pada 30 Jun 2022.
Sebarang pengumuman lanjut berkenaan AGM 94 akan dibuat di dalam group ini dan juga di laman web KMKL @merpaticlub.com.my.
Terima kasih di atas kerjasama semua.
Sekian.
Safarudin Mohamad Noor
Setiausaha Kehormat
Kelab Merpati Kuala Lumpur
- Published in Hebahan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 92
Mesyuarat Agung Kelab Merpati Kuala Lumpur kali ke 92 akan diadakan seperti maklumat dibawah:
Tarikh Mesyuarat/Hari | 26 September 2020 (Sabtu) |
Tempat Mesyuarat | DEWAN SRI POS, POS MALAYSIA BERHAD Tingkat 3, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin 50670 Kuala Lumpur |
Masa Mesyuarat | 10.00 Pagi |
NO | AGENDA MESYUARAT |
01 | Untuk mengesahkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 91 yang di adakan pada 20 April, 2019. |
02 | Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan 2019. |
03 | Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Akaun yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember, 2019. |
04 | Untuk mempertimbangkan Anggaran Belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020. |
05 | Untuk mempertimbangkan honorarium kepada Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat bagi tahun 2019. |
06 | Hal-hal lain |
Nota
- Elaun makan akan diberikan bagi menggantikan jamuan makan tengahari.
- Ahli dikehendaki menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran, Ahli yang tidak mempunyai telefon pintar akan direkodkan secara manual.
- Ahli akan diambil suhu badan dan jika melebihi 37.5 c tidak dibenarkan masuk.
- Ahli yang mempunyai batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas tidak dibenarkan masuk.
- Ahli yang gagal memakai pelitup muka (face mask) tidak dibenarkan masuk.
- Ahli dikehendaki menggunakan pembersih tangan (hand senitizer) yang disediakan.
- Ahli dikehendaki menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.
- Published in Hebahan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 91
Mesyuarat Agung Kelab Merpati Kuala Lumpur kali ke 91 akan diadakan seperti maklumat dibawah:
Tarikh Mesyuarat/Hari | 20 April 2019 (Sabtu) |
Tempat Mesyuarat | Mandarin Court Hotel, 55, Jalan Maharajalela, 50150, Kuala Lumpur |
Masa Mesyuarat | 10.00 Pagi – 2.00 Petang (Makan Tengahari Disediakan) |
Bayaran Letak Kereta | RM4.00 Flat Rate (Perlu Dibayar Sendiri Oleh Ahli) |
NO | AGENDA MESYUARAT | |
01 | Untuk mengesahkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 90 yang diadakan pada 28 April, 2018. | |
02 | Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan 2018. | |
03 | Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Akaun yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember, 2018 | |
04 | Untuk mempertimbangkan Anggaran Belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember, 2019. | |
05 | Untuk mempertimbangkan honorarium kepada Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat bagi tahun 2018. | |
06 | Untuk mengundi pegawai-pegawai bagi tahun 2019/2020. | |
07 | Untuk melantik 3 orang Juruaudit Kehormat bagi tahun 2019/2020,. | |
08 | Untuk melantik 3 orang Pengamanah bagi tahun 2019/2020. | |
09 | Hal-hal Lain. | |
Jawatan-Jawatan Yang Dipertandingkan
Pengerusi | 1 Jawatan |
Naib Pengerusi | 4 Jawatan |
Setiausaha Kehormat | 1 Jawatan |
Bendahari Kehormat | 1 Jawatan |
Ahli Jawatankuasa | 7 Jawatan |
Borang pencalonan boleh diperolehi di pejabat Kelab Merpati Kuala Lumpur. No 15, 17 & 19 Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur dari jam 10..00 pagi hingga 6.00 petang.
Calon-calon perlu membawa pencadang dan penyokong untuk mengesahkan pencalonan masing-masing. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 12 April 2019 (Jumaat) sebelum jalam 5.00 petang. Sebarang usul yang akan dikemukakan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar sebelum 12 April 2019. Sila hubungi 019-209 0090 – Safarudin, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Semua Ahli-ahli Kelab Merpati Kuala Lumpur adalah dijemput hadir. Bagi Ahli-ahli yang membayar yuran secara tunai,bayaran keahlian tahun 2018 perlu dijelaskan selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat berlangsung bagi melayakkan Tuan/Puan menyertai Mesyurat Agung Kelab Merpati Kuala Lumpur kali ke 91 ini.
Mohon kerjasama dan bantuan Pengurus/Penyelia/Ketua untuk membuat cetakan dan hebahan kepada semua ahli-ahli Kelab Merpati Kuala Lumpur.
Kerjasama dari semua terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Safarudin Mohamad Noor
Setiausaha Kehormat
Kelab Merpati Kuala Lumpur
- Published in Hebahan
Undangan ke Majlis Mesra Aidilfitri 2018
Kelab Merpati Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri 2018 seperti perincian berikut:
Tarikh: 7 Julai 2018 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari – 5.00 petang
Tempat: Restoran Tupai-Tupai, 551 Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur
Tema: Suasana Aidilfitri
Semua ahli, jemputan khas dan keluarga dijemput memeriahkan majlis ini.
- Published in Hebahan, Uncategorized
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 90
Mesyuarat Agung Tahunan ke 90 KELAB MERPATI KUALA LUMPUR akan diadakan pada hari SABTU, 28 APRIL 2018 jam 10.00 pagi di HOTEL MANDARIN COURT, No. 55, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, (Berdekatan Hotel Mirma).
AGENDA MESYUARAT
- Untuk mengesahkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-89 yang diadakan pada 29 April 2017.
- Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan 2017.
- Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Akaun yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
- Untuk mempertimbangkan anggaran belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
- Untuk mempertimbangkan honorarium kepada Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat bagi tahun 2017.
- Hal-hal lain.
Dengan Perintah Jawatankuasa Pengurusan
SAFARUDIN MOHAMAD NOOR
Setiausaha Kehormat
Tarikh: 3 April 2018
Nota: Makan tengahari disediakan selepas mesyuarat.
- Published in Hebahan