Mesyuarat Agung Kelab Merpati Kuala Lumpur kali ke 92 akan diadakan seperti maklumat dibawah:
| Tarikh Mesyuarat/Hari | 26 September 2020 (Sabtu) |
| Tempat Mesyuarat | DEWAN SRI POS, POS MALAYSIA BERHAD Tingkat 3, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin 50670 Kuala Lumpur |
| Masa Mesyuarat | 10.00 Pagi |
| NO | AGENDA MESYUARAT |
| 01 | Untuk mengesahkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 91 yang di adakan pada 20 April, 2019. |
| 02 | Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan 2019. |
| 03 | Untuk mempertimbangkan dan mengesahkan Laporan Akaun yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember, 2019. |
| 04 | Untuk mempertimbangkan Anggaran Belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020. |
| 05 | Untuk mempertimbangkan honorarium kepada Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat bagi tahun 2019. |
| 06 | Hal-hal lain |
Nota
- Elaun makan akan diberikan bagi menggantikan jamuan makan tengahari.
- Ahli dikehendaki menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran, Ahli yang tidak mempunyai telefon pintar akan direkodkan secara manual.
- Ahli akan diambil suhu badan dan jika melebihi 37.5 c tidak dibenarkan masuk.
- Ahli yang mempunyai batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas tidak dibenarkan masuk.
- Ahli yang gagal memakai pelitup muka (face mask) tidak dibenarkan masuk.
- Ahli dikehendaki menggunakan pembersih tangan (hand senitizer) yang disediakan.
- Ahli dikehendaki menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.



You must be logged in to post a comment.